Kursus Adobe Illustrator
6 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 hingga 5 November 2018, telah diadakan satu Kursus Adobe illustrator kepada komuniti Bukit Tandak. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Bukit Tandak. Kursus ini telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada 3.00 petang. Tujuan kursus adobe illustrator ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan lebih terperinci berkaitan dengan fungsi dan penggunaan adobe illustrator.
Fungsi adobe illustrator adalah untuk membuat logo syarikat, vector ataupun typography. Di dalam kelas multimedia ini, mereka telah diajar cara untuk membuat kesan gambar dengan menghilangkan latar belakang pada setiap gambar yang dipilih. Mereka boleh menggunakan “eraser tool”, “background eraser tool” dan juga “magic eraser tool”. Dengan menggunakan salah satu daripada “tool” tersebut, mereka boleh menghilangkan latar belakang sesuatu gambar. Apabila telah siap menyunting, mereka boleh menyimpan dengan menggunakan format PNG. Selain itu juga, merka diajar membuat design corak baju dengan saiz dan spesifikasi yang betul.
Di akhir kelas multimedia ini, mereka telah berjaya menghilangkan latar belakang gambar yang telah di pilih. Dengan adanya kursus adobe illustrator ini, mereka dapat mempelajari cara untuk menyunting gambar dengan betul dan mudah hanya dengan menggunakan adobe illustrator. Peserta juga dapat mengedit gambar produk untuk tujuan mempromosikan produk peserta. Peserta diberi tugasan menyiapkan satu iklan promosi dengan menggunakan tools yang diajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: